Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Johor Isytihar Esok Hari Cuti Peristiwa

By 3 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 12 Jul (MalaysiaAktif) – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan mengisytiharkan, esok sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor.

Menteri Besar Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan perkara itu menerusi laman media sosial rasminya selepas Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharaan Pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Sultan Johor di Istana Bukit Serene, hari ini.

Beliau berkata pengisytiharan cuti peristiwa itu sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

“Patik juga dengan penuh takzim merafakkan sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas limpah perkenan serta kepercayaan yang diberikan kepada patik untuk terus memikul amanah sebagai Menteri Besar Johor,” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan pentadbiran negeri pada PRN Johor Ke-16.
-FN

Tinggalkan komen anda