Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Tren RTS Giat Jalani Ujian Percubaan Menjelang Pembukaan Rasmi

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/Sinchew

JOHOR BAHRU, 16 Jul (MalaysiaAktif) – Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS Link) kini giat menjalani ujian operasi sebagai persediaan menjelang pembukaan rasminya yang dijadualkan pada Januari 2027.

Ujian terbaharu semalam menyaksikan tren RTS bertolak dari Depoh Wadi Hana, melalui pusat bandar, memasuki Stesen Bukit Chagar sebelum kembali semula ke depoh. Keseluruhan ujian operasi itu mengambil masa kira-kira sejam.

Ketua Pegawai Eksekutif RTS Operations Pte Ltd (RTSO) Dr. Ahmad Marzuki Ariffin berkata sistem tersebut dijangka menjalani ujian operasi secara menyeluruh pada Julai ini.

Pelancaran RTS pada Januari 2027 bakal menyediakan pilihan perjalanan baharu dan mempercepat proses pelepasan kastam bagi pengembara rentas sempadan.

?”Projek RTS berjalan lancar dengan ujian tren kini sedang dilaksanakan di Malaysia dan Singapura. Ujian integrasi sistem di luar tapak melibatkan pengujian serentak ke atas tren, sistem isyarat, pintu skrin platform dan sistem komunikasi.

?”Langkah ini bagi memastikan kesemua elemen tersebut dapat beroperasi secara bersepadu dengan selamat dan lancar,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Beliau berkata pembukaan RTS Link bakal menyediakan pilihan pengangkutan rentas sempadan yang lebih cekap serta memendekkan tempoh urusan pelepasan imigresen bagi pengguna.

-RI

Tinggalkan komen anda