
Laporan/foto: Shahril Alias (Negeri Sembilan)
SEREMBAN, 24 Jul (MalaysiaAktif) – Kekuatan sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal, sebaliknya turut bergantung kepada kualiti modal insan yang berilmu, berakhlak dan berintegriti hasil pembelajaran ilmu Pendidikan Islam.
Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata Pendidikan Islam bukan berperanan untuk membentuk generasi yang cemerlang dalam akademik.
“Ia juga membantu pelajar memiliki jati diri, adab serta nilai-nilai murni sebagai bekalan menghadapi cabaran masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Apresiasi Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (HAPPENS) 2026 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini semalam.
HAPPENS 2026 menjadi platform bagi menghargai kecemerlangan pelajar, guru dan institusi pendidikan Islam yang telah menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam serta pembentukan modal insan berkualiti di Negeri Sembilan.
Aminuddin berkata usaha para pendidik, ibu bapa dan semua pihak dalam memperkasakan Pendidikan Islam mampu melahirkan generasi Negeri Sembilan yang berilmu, berakhlak, berdaya saing dan sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai Islam demi agama, bangsa dan negara.
-FN




