Skip to main content
Berita TempatanSabah

Maal Hijrah Titik Perubahan Diri

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Moh. Haziman Abdul Rahman (Tongod)

TONGOD, 23 Jul (MalaysiaAktif) – Sambutan Maal Hijrah perlu dijadikan titik perubahan untuk memperbaharui azam, memperkukuh akidah serta meningkatkan kualiti kehidupan sebagai seorang Muslim.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Informasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Adam Abdul Hai berkata penghayatan hijrah membawa maksud perubahan ke arah kehidupan lebih baik di samping memperingati peristiwa perpindahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, sebaliknya

“Semangat hijrah perlu diterapkan dalam diri umat Islam melalui usaha memperbaiki akhlak, meningkatkan ilmu serta mengukuhkan hubungan sesama masyarakat.

“Hijrah bukan hanya perpindahan tempat, tetapi perubahan diri yang melahirkan masyarakat bersatu, beriman, berilmu dan berakhlak,” katanya ketika merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Daerah Tongod di Dewan Tertutup Majlis Daerah Tongod, di sini hari ini.

Tambah beliau, cabaran semasa seperti pengaruh media sosial tidak terkawal, keruntuhan akhlak, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial memerlukan peranan bersama semua pihak terutama ibu bapa dalam membimbing generasi muda.

“Ironinya, sesebuah daerah tidak hanya bergantung kepada kemajuan fizikal dan ekonomi, tetapi turut dipengaruhi kekuatan iman, akhlak serta perpaduan masyarakat.

“Jadikanlah semangat hijrah sebagai asas memperkukuh hubungan, saling memaafkan dan bekerjasama dalam memartabatkan syiar Islam,” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda