Laporan /foto oleh Amar Firdaus / Hairidz Fahmi
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Malaysiaaktif) – “Manfaatkan Internet dengan bijak dan jadilah pengguna yang bertanggungjawab serta beretika dalam menyebarkan maklumat.”
Demikian tegas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketika melancarkan sambutan “Safer Internet Day (SID) 2017” di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini hari ini.
Dalam majlis perasmian tersebut, beliau turut menyatakan hasrat agar setiap individu dapat melakukan tapisan kendiri terhadap sesuatu maklumat yang diterima sebelum disebarkan di platform media sosial peribadi.
“Jangan hanya mengejar populariti semata-mata. Pengguna yang bijak adalah mereka yang sentiasa mengutamakan ketulenan dan kesahihan kandungan maklumat sebelum dikongsi di media sosial.” katanya lagi
Jelas Datuk Seri Wilfred lagi, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bersama MOSTI melalui CyberSecurity Malaysia akan lebiha komited dalam memastikan sambutan “Safer Internet Day 2017” ini dapat mendidik rakyat Malaysia menjadi ejen penyebaran maklumat yang mempunyai impak positif terhadap mana-mana reputasi individu atau organisasi malah negara.
“Justeru, sempena sambutan “Safer Internet Day 2017” ini , CyberSecurity Malaysia memperkenalkan kempen ‘Callout Message – My Viral Vow’. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna Internet dalam proses perkongsian maklumat melalui aktiviti tular atau ‘online viral.” jelasnya lagi.