
Laporan & foto oleh: Mohd Faizal Mansor & Jeffrey Nian
LABUAN, 23 Dis (Malaysiaaktif)-Program ‘Corporate social responsibility ‘(CSR) ‘Back To School’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memberi manfaat kepada 200 pelajar yang terpilih di Labuan ini.
“Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial kami selaku salah sebuah badan korporat milik kerajaan yang sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan para keluarga yang berpendapatan rendah di Labuan ini dalam menguruskan oerbelanjaan oersekolahan anak mereka,” ujar Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Dalaman TNB, Datuk Omar Sidek pada Program tersebut di Dewan Foo Chow, di sini pagi tadi.
Ujarnya, pihak TNB pada tahun ini telah membelanjakan sebanyak RM2 juta bagi program tersebut di seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada seramai 10 ribu pelajar sekolah rendah di seluruh negara.
“Bantuan yang diberikan ialah sepersalinan baju sekolah yang lengkap bagi pelajar lelaki dan perempuan, stoking, beg sekolah dan kasut sekolah yang saya percaya mampu meringankan sedikit sebanyak perbelanjaan ibu bapa para pelajar pada sesi persekolahan baharu tahun depan,” ujarnya lagi.
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli turut gembira melihat usaha CSR yang dilakukan oleh pihak TNB tersebut memandangkan kenaikan kos sara hidup kini di samping keadaan industri minyak dan gas di Labuan ini yang jatuh.
Rozman juga turut mengalu-alukan badan korporat swasta mahupun badan korporat milik kerajaan yang ada di Labuan inil untuk turut sama mengadakan program tanggungjawab sosial sebegini seperti yang dilakukan oleh syarikat TNB.
Menurut seorang peniaga pasar, Chew Jack Phang, 47, dia berterima kasih kepada pihak TNB yang telah memilih anak lelakinya iaitu Allan Christopher Jerome, 9, untuk menerima bantuan persekolahan tersebut yang dapat meringgankan sedikit sebanyak perbelanjaan keluarganya.
Bagi salah seorang bapa, Shim Yeng Son, 36, dia berasa bertuah kerana ini merupakan kali pertama dia mendapat bantuan persekolahan bagi persediaan menghadapi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.
“Bantuan ini perlu bagi keluarga yang berpendapatan rendah khususnya bagi keluarga yang mempunyai lebih pada seorang yang bersekolah bagi meringankan perbelanjaan mereka”, tambah Yeng Son.
–SF