Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Taman Tema, Monorel Tarikan Baharu Pelancongan di Melaka

By 23 Disember 2017Disember 26th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 23 DIS (Malaysiaaktif) – Melaka bandar warisan dunia yang menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara sudah pasti mengambil pelbagai pendekatan baharu dalam mempertingkatkan produk-produk pelancongan yang sedia ada.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata pelaksanaan fasa 2 Monorel Melaka telah dimulakan pada Disember 2011 dan siap sepenuhnya pada 31 Mac 2017.

Idris (kiri) menurunkan tandatangan ketika merasmikan monorel Melaka.

Idris (kiri) menurunkan tandatangan ketika merasmikan monorel Melaka.

“Laluan landasan juga ditambah kepada 1.6KM bermula dari stesen Hang Tuah di Bunga Raya Pantai hingga ke Stesen Tun Ali dan bersambung dengan stesen Hang Jebat menjadikan satu pusingan lengkap sepanjang 3KM yang mengambil masa 30 minit perjalanan.

“Pelbagai aspek penambaikan telah dilakukan terutama aspek keselamatan dan keselesaan penumpang,” ujarnya.

Menurut Idris lagi, dalam jangka panjang, tanah disekitar laluan Monorel juga akan turut dibangunkan sebagai taman tema sekaligus menambah nilai pakej sedia ada.

“Antara cadangan yang dikemukakan adalah Taman Tema Doremon, Taman Tema Jurassic Park, galeri, terowong interaktif dan banyak lagi,” katanya ketika berucap di dalam Majlis Perasmian Operasi Monorel Tour Ride di Jalan Tun Ali di sini, semalam.

Azim berharap dengan adanya produk pelancongan baharu ini akan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

Azim berharap dengan adanya produk pelancongan baharu ini akan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

Penjawat awam, Mohd Azim Zakaria, 31, berkata dengan adanya produk pelancongan baharu ini pasti akan menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

“Seperti mana kita ketahui, Melaka adalah negeri pelancongan dan sudah pasti penambahbaikan produk pelancongan harus sentiasa diperbaharui supaya tidak membosankan lebih-lebih lagi pelancong yang datang untuk kali yang berikutnya ke Melaka ini.

“Pendekatan ini amat baik dan pasti akan meningkatkan ekonomi masyarakat seperti inap desa, kedai makanan, produk kraftangan, pengangkutan, perniagaan buah-buahan dan banyak lagi yang bersangkut paut dengan industri pelancongan,” jelas Azim.

Sementara itu, Zaini Muhamad, 35, sebagai pengerak belia sudah pasti mahu lebih ramai golongan belia mengambil peluang dan ruang yang ada untuk menjadi usahawan kepada produk-produk pelancongan.

“Disamping itu belia juga berperanan besar sebagai duta kecil kepada usaha kerajaan untuk mempromosikan produk pelancongan mahupun program-program berkaitan supaya maklumat tepat dapat disalurkan kepada masyarakat,” ulasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda