Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanViralWilayah Persekutuan

Bakal Calon BN Perlu Aktif Dalam Media Sosial

By 28 Februari 2018Mac 2nd, 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan Oleh: Mohd Faizal Mansor / Foto: Ihsan Labuan Shipyard And Engineering (LSE)

LABUAN 28 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyeru kepada semua bakal calon Barisan Nasional mahupun para pemimpin BN yang sedia ada supaya lebih aktif dalam media sosial, khususnya bagi mendekati golongan muda di negara ini.

“Mereka perlu mempunyai aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain kerana pengguna internet di negara ini telahpun mencecah 20 juta pengguna serta pemilik akaun Facebook sebanyak 18 juta,” ujarnya.

Jelas Ahmad Maslan, ini menunjukkan kepentingan peranan teknologi maklumat dan aplikasi-aplikasi media sosial tersebut untuk digunakan sebagai kempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang menjelang tiba.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata demikian pada majlis sidang media ketika membuat lawatan kerja ke Labuan di Pejabat Labuan Shipyard and Engineering (LSE), di sini semalam.

Ahmad juga menyeru kepada para pengguna media sosial di negara ini agar tidak mempercayai berita-berita palsu atau berunsur fitnah mahupun menularkannya kepada pengguna-pengguna media sosial yang lain khususnya semasa kempen pilihan raya.

Beliau juga menasihatkan para pengguna sosial agar mengamalkan empat tanda pagar (#) iaitu #tidakpastijangankongsi, #semaksebelumsebar, #fikirsebelumtular serta #perangifitnahmediasosial agar menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, beliau menyeru jentera IT BN untuk menyebarkan berita-berita yang positif khususnya kejayaan-kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Haji Bashir Alias.

– AH

Tinggalkan komen anda