Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kursus Taman Sayur Bantu Jimat Belanja Dapur

By 28 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan Oleh Fasharina Kholil dan Rasidi Che Sa

 

SIK, 28 Feb (Malaysiaaktif)- Kursus Taman Sayuran merupakan program yang membantu isi rumah menjimatkan kos bagi membeli sayur-sayuran untuk kegunaan harian di samping menjadikan halaman rumah sebagai kebun sayur.

Kursus telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid merupakan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon IV, diadakan di KEDA Agrobiz, di sini.

WhatsApp Image 2018-02-28 at 17.30.41

Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila dihadiri oleh hampir 60 orang peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

 

Mahadzir di dalam ucapannya berharap agar kursus ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para peserta khususnya suri rumah cara belajar tanam sayur secara organik dan fertigasi di rumah.

 

“Dalam masa yang sama, diharapkan kursus ini dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dapur dengan cara tanam dan tuai hasil sendiri,” katanya lagi.

“Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Oleh itu, kita perlu memanfaatkan kaedah ini kerana ianya mudah bahkan hasil pengeluaran juga dapat ditingkatkan,” tambahnya lagi.

WhatsApp Image 2018-02-28 at 17.30.42

Menurut salah seorang peserta, Nor Shamshiatul Rushila Mohd Foad, 35, seronok dapat menyertai kursus ini kerana dapat ilmu dan kemahiran baru cara penanaman tanaman sayuran.

“Aktiviti menanam sayur-sayuran di kawasan sekitar rumah amat digalakkan bagi menangani kos sara hidup yang tinggi di samping dapat  menjimatkan perbelanjaan harian melalui hasil tanaman sayur-sayuran. Misalnya, seisi keluarga akan dapat menikmati hasil tanaman yang segar, berkhasiat serta bebas daripada bahan kimia yang berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan,” jelasnya lagi.

 

  • MRR

Tinggalkan komen anda