Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Sabah Penerima Terbanyak Sijil Akredetasi MSQH

By 7 Mac 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

                      Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 07 Mac (Malaysiaaktif) – Sabah paling banyak hospital yang menerima pengiktirafan Sijil Akreditasi Hospital Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS)  salah satu antara 17 penerima.

Menurut Pakar Perunding MSQH, Datuk Dr Abdul Rahim Abdullah, HWKKS menerima penganugerahan pensijilan akreditasi selama empat tahun  hingga 20 April 2021ini yang merupakan pusingan yang pertama menggunakan Standard Akreditasi Hospital Edisi ke-4.

“Akreditasi adalah aspek penting dalam penjagaan kesihatan yang menekankan self-assessment dan external 3rd party “peer” assessment yang diguna pakai oleh hospital dan organisasi penjagaan kesihatan secara global.

“Ia digunakan untuk menilai tahap prestasi hospital secara tepat dengan pencapaian piawaian yang telah ditetapkan oleh Malaysian Council for Healthcare Standards (MSHCS),”katanya.

Dr. Abdul Rahim (kiri) menyampaikan sijil akreditasi kepada Bee Hwai(kanan) sambil diperhatikan oleh Jainab (dua dari kiri) dan Christina (dua dari kanan)

Dr. Abdul Rahim (kiri) menyampaikan sijil akreditasi kepada Bee Hwai(kanan) sambil diperhatikan oleh Jainab (dua dari kiri) dan Christina (dua dari kanan)

Tambahnya, majlis penganugerahan ini hanya diberikan oleh MSQH sebagai pengiktirafan kerana menepati Piawaian Akreditasi Hospital Malaysia yang merangkumi lima aspek utama.

Lima aspek tersebut ialah Organisasi dan Pengurusan, Pengurusan Sumber Manusia, Polisi dan Prosedur, Kemudahan dan Peralatan serta Aktiviti-aktiviti Peningkatan Kualiti untuk jabatan-jabatan di hospital ini.

Menurutnya juga, MSQH sendiri telah diiktiraf oleh International Society for Quality in Health (ISQua) dengan penganugerahan pensijilan Organisasi dan Latihan Surveyor selama 4 tahun dari Ogos 2016 hingga Julai 2020.

“Dengan pengiktirafan ini MSQH termasuk antara 24 buah organisasi didunia mendapat pensijilan Organisasi ISQua dan pensijilan Standard ISQua.

“Untuk edisi terbaru, edisi ke-5, MSQH berjaya mendapatkan sijil akreditasi ISQua untuk Standard Hospital MSQH daripada Jun 2017 hingga Jun 2021, dengan pencapaian skor yang tinggi iaitu 96 peratus.

“Maka dengan penganugerahan ini, standard MSQH kini berada pada status global. Secara tidak langsung, semua hospital yang telah menerima pensijilan MSQH telah memenuhi mutu piawaian antarabangsa,”jelasnya.

Menurut Abdul Rahim, sejak penubuhan MSQH pada 1998, bilangan hospital yang menjalani penilaian akreditasi juga bertambah dari semasa ke semasa baik hospital kerajaan mahupun swasta.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Pentauliahan Sijil Akreditasi HWKKS oleh MSQH yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid di hospital terbabit pada selasa.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, pentauliahan yang berprestij ini sekali gus menggambarkan betapa perkhidmatan kesihatan di negeri ini memiliki standard tinggi.

“Jika anda melayari laman web Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, salah satu visi dan misi kementerian saya adalah untuk mewujudkan masyarakat sejahtera yang dapat menyumbang kepada arus pembangunan yang berterusan.

Jainab semasa menyampaikan ucapan bangga dengan kegigihan penjawat awam di HWKKS

Jainab semasa menyampaikan ucapan bangga dengan kegigihan penjawat awam di HWKKS

“Saya yakin dan percaya bahawa dengan pentauliahan ini, hospital ini mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan penyayang kepada rakyat di negeri ini.

“Bagi pihak kerajaan, saya berbangga bahawa pencapaian ini menjadi bukti kegigihan penjawat awam di hospital ini untuk mencapai segala hasrat yang diimpikan,”kata Jainab.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi dan Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Dr. Tan Bee Hwai.

  • MRR

Tinggalkan komen anda