Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

‘Tuaran 1MYC18’ Cetus Inovasi Bandar Belia 1Malaysia

By 7 Mac 2018Tiada komen4 minit bacaan

 

LAPORAN      :   Noorayah Ganipin / FOTO : Fadzlee Ibrah (Sabah)

 

TUARAN, SABAH, 07 Mac (Malaysiaaktif) – Karnival ‘Tuaran 1Malaysia Youth Cities 2018’ bukti belia mampu mentadbir jika diberi peluang dan bimbingan yang betul untuk mencetuskan revolusi inovasi.

Penganjuran karnival selama lebih seminggu di daerah berkenaan merupakan kelolaan bersama belia Tuaran dan agensi kerajaan yang turut berjaya mempromosikan produk pelancongan di daerah berkenaan.

Ghazali berkata kerjasama ini memberi pendedahan dan peluang besar kepada belia untuk belajar mengelolakan program besar bersama agensi kerajaan

Ghazali(kanan) berkata kerjasama ini memberi pendedahan dan peluang besar kepada belia untuk belajar mengelolakan program besar bersama agensi kerajaan

Pengerusi Karnival T1MYC18, Mohammad Ghazali Hajiji berkata pelaksanaan karnival ini merupakan aktiviti julung kalinya diadakan di daerah ini dan lebih membanggakan belia Tuaran diberi kepercayaan bersama pemimpin untuk menjayakannya.

“Selaku pengerusi bersama, saya berterima kasih dengan agensi yang membantu menjayakan program ini bersama belia antaranya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Tuaran.

“Sesungguhnya kerjasama ini memberi pendedahan dan peluang besar kepada belia di daerah ini untuk belajar mengelolakan sesuatu program besar bersama agensi kerajaan.

“Ini ialah peluang yang perlu dimanfaatkan belia di sini selaras dengan tujuan pelaksanaan untuk memberi ruang kepada belia mentadbir mengurus program selain dapat memperkukuhkan perpaduan kalangan belia itu sendiri.

Ghazali berkata demikian semasa ditemui media pada pelaksanaan penganjuran karnival di daerah berkenaan pada ahad.

Tambahnya lagi, melalui penganjuran ini belia turut berkesempatan bermesra dan mendekati para pemimpin selain mampu menarik penglibatan belia untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dianjurkan persatuan.

“Berikutan sumbangan belia ini, saya merasa amat gembira dan bangga apabila Tuaran dipilih sebagai Bandar Belia 1Malaysia di negeri ini.

“Pemilihan ini berikutan kejayaan persatuan mewujudkan peluang baharu kepada belia membangun dan menerokai dunia perniagaan selain terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial sebagai usaha membendung aktiviti tidak sihat kalangan belia di sini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, perancangan selama lima bulan dengan pelbagai pengisian program dapat membentuk kesatuan belia yang kukuh, bekerjasama serta melahirkan belia sihat dan bersatu.

“Berbagai-bagai program diatur dan dianggarkan pada acara larian belia Tuaran seramai lebih 2000 penyertaan diterima dan sepanjang penganjuran ini turut dianggarkan seramai 10 ribu pengunjung memeriahkan program ini.

Pesta Bunddle antara yang menarik perhatian pengunjung.

Pesta Bundle antara yang menarik perhatian pengunjung.

“Kejayaan ini bukan sahaja baik untuk belia di sini tetapi lebih manis program berkenaan dapat mempromosikan pelbagai produk pelancongan di daerah ini,” katanya lagi.

Sepanjang karnival berkenaan pelbagai aktiviti berjaya dianjurkan antaranya Pertandingan Akustik, Pesta Bundle, Food Truck, Dialog TN50, Forum Dakwah belia, Pameran kerjaya dan Pendidikan, Pertandingan Motor Day, The Strongest Men, Mobile CTC, acara sukan Bola Keranjang, Auto Show, Tarian Singa dan pelbagai lagi.

Menteri KTP, Datuk Seri Hajiji Noor Berkata, kejayaan penganjuran ini jelas belia mampu mentadbir jika diberikan peluang dan ruang untuk melakukannya.

“Sebagai usaha berterusan mengangkat keupayaan dan kemampuan belia di daerah ini mentadbir, kerajaan telah menyediakan satu platform untuk meningkatkan taraf ekonomi belia melalui perwujudan Pusat Ekonomi Sosial Anak Tuaran (PESAT).

Rumah PESAT untuk aktiviti berniaga dan sosial anak belia Tuaran.

Rumah PESAT untuk aktiviti berniaga dan sosial anak belia Tuaran.

“Kerajaan telah mengubah suai empat buah unit rumah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent Tuaran sebagai Pusat Perniagaan Belia.

“Pusat ini turut diwartakan sebagai kawasan tumpuan kepada para belia untuk memberi fokus kepada aspek perniagaan dan sosial agar belia terus mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi di daerah ini,” jelasnya semasa merasmikan karnival berkenaan pada ahad.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau.

Belia Tuaran, Izman Osman, merasa bangga diberi peluang bersama menjayakan program ini yang julung kalinya diadakan di daerah ini.

“Semoga penganjuran program ini tidak akan berhenti setakat ini, kerana program ini sangat bermanfaat kepada masyarakat Tuaran, khususnya belia.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada belia untuk bersama-sama memajukan daerah ini selain membuka ruang kepada belia meningkatkan ekonomi melalui perniagaan,”katanya.

Pengunjung, Jamran Setuh berkata, karnival ini amat bertepatan sebagai platform dan ruang untuk belia mempelajari mengurus dan memahami erti mentadbir.

“Penganjuran karnival ini berjaya memeriahkan pekan Tuaran yang selama ini dilihat suram sedangkan banyak produk pelancongan yang terdapat di sini.

“Selain itu, program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli pelbagai produk pada harga yang lebih murah dan berpatutan, terima kasih atas pelaksanaan program ini,” ujarnya.

Nordin Adis berterima kasih kerana penganjuran ini membuka peluang peniaga kecil.

Nordin Adis berterima kasih kerana penganjuran ini membuka peluang peniaga kecil.

Sementara itu, Peniaga Belia, Nordin Adis turut meluahkan rasa terima kasih atas penganjuran ini kerana ia membuka peluang kepadanya sebagai peniaga kecil untuk berniaga selain mempromosikan produk jualan saya iaitu sayap ayam.

Begitu juga peniaga cermin mata yang ingin dikenali sebagai Ray, berkata, kami datang dari daerah Beaufort amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk mengadakan jualan bersama.

“Saya percaya program ini berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung untuk datang ke Tuaran kesan daripada penganjuran ini seterusnya dapat menambah pendapatan peniaga seperti kami,”katanya.

 

  • MRR

Tinggalkan komen anda