
Laporan oleh : Noor Hidayah Binti Mohd Izam
Foto : Mohd Zahid Bin Othman
BATU PAHAT, 8 Mac, (Malaysiaaktif) – 20 orang penerima bantuan baik pulih rumah di daerah Batu Pahat sempena Program Menghubung Menyatu (NBOS-CTU) Baik Pulih Rumah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) 2018.
Selain menerima bantuan pembaikan rumah, mereka juga mendapat bantuan sentuhan kasih yang berupa barangan keperluan harian.
Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Almain Ajirul di Balairaya Kg. Muhibbah, Peserai semalam.
Kg. Muhibbah, Peserai terletak di DUN Semerah, Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat.
Lebih 350 orang penduduk setempat dan juga penerima bantuan baik pulih rumah hadir ke majlis ini.
Almain dalam ucapannya menyatakan, program ini diadakan khusus bagi menghubungkan khidmat bantuan kerajaan kepada rakyat yang kurang berkemampuan.
Beliau turut menyentuh akan pentingnya aktiviti gotong-royong dalam menjalinkan silaturrahim dan mengeratkan perpaduan antara sesebuah masyarakat serta semangat bantu-membantu antar satu sama lain.
Penerima bantuan, Juninah Mahmud, 75, mengatakan dia tidak mampu untuk membiayai kos baik pulih rumah rumah pusakanya yang sudah terlalu uzur.
Dengan faktor usia yang lanjut juga menyebabkan beliau tidak mampu menguruskan keadaan rumah.
Penghulu Mukim Bagan, Hj Mohamed Yusof Abu Bakar, 49, menyatakan ucapan terima kasih kerana telah menceriakan penerima-penerima sumbangan tersebut.
Acara yang melibatkan program gotong-royong dan konvoi Kembara Jalinan Kasih diketuai oleh Almain Ajirul ini melibatkan beberapa buah kereta pacuan empat roda membuat kembara kasih ke rumah-rumah penerima bantuan di sekitar mukin Peserai ini.
- MRR