
Laporan Dan Foto Ooleh : Nor Azian Saad
ALOR SETAR, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Kesedaran tentang peripentingnya kelestarian alam sekitar bukan sekadar hanya untuk masyarakat di Malaysia malah turut melibatkan semua penduduk di atas muka bumi perlu dalam memastikan alam yang kita pinjam hari ini dapat dinikmati masyarakat akan datang.
Bercakap dalam satu majlis dialog Trasformasi Nasional (TN50) yang memberi fokus kepada Alam sekitar, Datuk Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membentuk gaya hidup sihat serta hijau seperti membeli sayuran organik, memperbanyakkan tanaman pokok hijau sama ada di sekitar rumah mahupun di sekolah dan pejabat.
Tambahnya, amat penting juga masyarakat hari ini meminimumkan penggunaan kenderaan seperti berkongsi kenderaan ataupun menunggang basikal dan berjalan kaki.
Dialog yang diadakan di Hotel Tabung Haji itu turut dipersembahkan demontrasi pengurusan sisa buangan makanan serta demo pengambilam wuduk dengan pengunaan air hanya setengah liter sahaja oleh kakitangan IWK.
Halimatun Ismail, guru dari SMK Tunku Abdul Malik berkata program ini perlu diperluaskan kerana masyarakat masih kabur tentang TN50 dan Transformasi Hijau. Beliau yang hadir bersama 20 orang pelajar sekolahnya, merasakan program ini telah memberikan penjelasan yang baik tentang Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang telah dilancarkan pada Oktober 2017 yang lalu.
Dialog yang menarik minat kehadiran 1500 orang ini mendapat sambutan yang amat baik dan ramai pengunjung yang hadir mengemukan soalan semasa taklimat disampaikan.
Turut hadir Pengerusi IWK, Tan Sri Abu Zahar Bin Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman.
– MRR