Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

31 Keluarga Terima Bantuan Baik Pulih Rumah

By 25 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Asmidar Zainol/Foto: Shahvian Muhammad Razali (Sabah)

 

Kota Belud, 25 Apr (Malaysiaaktif) -Sebanyak 31 keluarga di bawah program E-Kasih menerima bantuan baik pulih rumah di bawah penyelarasan Tim Penerangan Strategik dan Tindakan Cepat (TPSTC) Sabah.

Musbah (tengah) dan Supian (duduk, empat dari kiri) bergambar bersama-sama mereka yang hadir.

Musbah (tengah) dan Supian (duduk, empat dari kiri) bergambar bersama-sama mereka yang hadir.

Urusetia TPSTC yang juga Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan, Supian Musa berkata program berkenaan dianjurkan bagi membantu mereka yang memerlukan di kawasan Parlimen Tempasuk.

“Program ini merupakan satu kerjasama Strategi Lautan Biru (NBOS) melibatkan beberapa Kementerian dan Jabatan di daerah Kota Belud.

tempasuk4“Kita berharap program ini akan dapat meringankan beban pemilik  membaiki kediaman dan sekali gus dapat merapatkan hubungan kerajaan dengan masyarakat setempat,” jelasnya.

tempasuk8Sementara itu, Pegawai Pemerintah 5 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Kapten Khairil Anwar Che Khalid menjelaskan kerja-kerja baik pulih rumah berkenaan dijalankan bersama 18 anggota 5 Skuadron (RAJD) di bawah naungan Markas Angkatan Petugas 450.

“Program baik pulih bermula pada Disember tahun lepas dan berakhir pada pertengahan Januari tahun ini.

“Penumpuan diberikan kepada membaik pulih atap, lantai atau dinding rumah dan kita memberikan bantuan sebaik yang mungkin.

tempasuk7“Selain di parlimen Tempasuk, kita juga turut menjalankan aktiviti yang sama di Tuaran dengan jumlah sebanyak 20 buah rumah,” ujarnya selepas Majlis penyerahan rumah yang telah siap dibaiki kepada penerima oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap mantan Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli.

Tinggalkan komen anda