Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kerajaan Negeri Johor Serius Memerangi Gejala Rasuah

By 8 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman & Najib Mohaini

ISKANDAR PUTERI, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Bertepatan dengan moto baharu negeri ini iaitu “Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari”, Kerajaan Negeri Johor dalam melaksanakan amanahnya kepada rakyat, berazam mengamalkan sifat keberanian dari segi moral, berintegriti terhadap keputusan yang diambil dan telus dalam apa jua tindakan.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, berkata Ikrar Bebas Rasuah yang dilaksanakan pada hari ini, merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang bertujuan bagi memperlihatkan kejujuran, keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan Kerajaan untuk berkhidmat dalam suasana yang lebih kondusif dan bebas daripada sebarang anasir rasuah.

Kerajaan Negeri Johor bertekad menjadikan negeri ini dikenali kerana integritinya bukan kerana rasuah. – Datuk Osman Sapian.

Kerajaan Negeri Johor bertekad menjadikan negeri ini dikenali kerana integritinya bukan kerana rasuah. – Datuk Osman Sapian.

“Kerajaan Negeri Johor berhasrat menjadikan negeri Johor dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuah serta bertekad untuk menjadikan Malaysia antara 10 negara paling bersih mengikut Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2030.

“Penzahiran akujanji ini adalah jaminan Kerajaan Negeri Johor kepada rakyat, penjawat awam, pemegang taruh dan pelanggan bahawa Kerajaan Negeri serius dalam memerangi gejala rasuah,” ujarnya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Menteri Besar Johor Dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, di sini, hari ini.


Sehingga kini sudah empat buah negeri telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sejak penubuhan kerajaan baharu. – Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil

Sehingga kini sudah empat buah negeri telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sejak penubuhan kerajaan baharu. – Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata sehingga kini sebanyak empat buah negeri telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sejak penubuhan kerajaan yang baharu.

“Selepas tamat Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, negeri Johor merupakan negeri ketiga selepas negeri Melaka dan Perak yang melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah” katanya.


Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah bersama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di pejabatnya pada hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah bersama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di pejabatnya pada hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Abdul Rahim Nin dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias.

* AA / MRR

Tinggalkan komen anda