Skip to main content
Berita TengahHomePutrajaya

Harungi Hujan Dan Panas Kerana Bangga Tun M Menjadi Perdana Menteri

By 8 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto : Ahmad Zahir Hamzah

 

Tiba-tiba Ahmad Zahir Hamzah terkenang kembali zaman persekolahan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sekitar tahun 1986 -1990.

Para pelajar ketika itu perlu berdiri mengibarkan bendera melambai-lambai kepada kenderaan Sultan Kedah dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed.

Hari Kebangsaan tahun ini terlalu istimewa - Ahmad Zahir Hamzah

Hari Kebangsaan tahun ini terlalu istimewa – Ahmad Zahir Hamzah (kanan sekali)

 

Nostalgia ini kembali dalam ingatannya, Perdana Menteri yang dilambainya kini kembali menjadi Perdana Menteri dan akan melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018.

Lantas, dia menghubungi beberapa rakan-rakan persekolahnya untuk melakukan aktiviti bagi meraikan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Bekas-bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid yang menyertai konvoi

Bekas-bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid yang menyertai konvoi

Kata sepakat telah dicapai atas semangat Sahoca 909192 Bikers telah mengadakan konvoi bermotosikal dari 2 hingga 5 Ogos 2018 yang lalu dengan menjelajah ke seluruh Semenanjung membawa bendera sekolah mereka sebagai meraikan bekas pelajar yang juga Presiden Alumni sekolah mereka (SAHOCA) Kuala Lumpur mencipta sejarah menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua.

IMG-20180808-WA0024

Mereka telah menjelajah bermula dari Kedah ke Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor seterusnya ke Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, lalu ke Grik perak dah kembali ke Alor Setar.

Konvoi diketuai Ahmad Zahir Hamzah bersama 10 orang lagi ahli SAHOCA, Sarizal Johari, Zulkiflee Shamsuddin, Amirozi Ahmad,  Mohd. Zambri Ibrahim, Syamsol Aqmal Ariff Ahmad, Muhaizal Isma Ismail, Anuar Awangman, Ar Aazani, Noorazlan Musa, Safuan Eliza Elias.

“Kami terlalu bangga bekas pelajar sekolah kami yang juga ahli Sultan Abdul Hamid Old Collegians Association (SAHOCA) telah mencipta dua sejarah besar Negara dan dunia,” ujar Syamsol Aqmal Ariff Ahmad.

Pertamanya Almarhum Tuaku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Agong dua kali dan Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dua kali, ujarnya lagi.

Saya bangga menjadi ahli SAHOCA - Sarizal Johari (kanan)

Saya bangga menjadi ahli SAHOCA – Sarizal Johari (kanan)

Sarizal Johari salah seorang peserta berkata, dalam perjalanan konvoi, mereka menempuh hujan dan panas, tapi ini semua tak dihiraukan demi meraikan kehebatan kehebatan Perdana Menteri Malaysia sempena bulan Kebangsaan ini.

Mereka telah berkonvoi sejauh 1745 kilometer dan bercadang untuk meneruskan lagi konvoi ini selagi Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Tinggalkan komen anda