
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman (Seberang Perai Utara)
BAGAN, 22 Jan (Malaysiaakatif) – Setiap kali menjelang sambutan perayaan, kerajaan sentiasa mengingatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersiap sedia dengan pertambahan kenderaan di atas jalanraya menjelang sambutan perayaan utama ataupun musim cuti sekolah. Bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa pengguna jalanraya, tetapi jugak mendidik pengguna supaya lebih berhemah ketika memandu.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) Pulau Pinang dengan kerjasama Adun Bagan Jermal serta agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalanraya(JPJ) Pulau Pinang, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dan SUBWAY berusaha berkerjasama menjayakan program Advokasi khas keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina(TBC) 2019 secara pintar dalam menyedarkan masyarakat di kawasan Bagan Jermal sini.
Hadir dalam majlis ini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, ADUN Bagan Jermal, YB Soon Lip Chee, Pengarah JKJR, Puan Thurkahthevi a/p N. Munusamy, Pengurus Besar Boon Siew Honda, Encik Kelichi Yasuda.
Menurut YB Tn Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam majlis berkenaan, “Saya menyeru agar pengguna-pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita ini.
” Ini kerana berdasarkan Statistik JKJR 2018 menunjukkan lebih 60 peratus daripada jumlah kemalangan maut lalu lintas yang berlaku di negara ini adalah membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal” , menurut beliau lagi dalam ucapannya.
Beliau juga menggalakkan penglibatan agar lebih ramai lagi syarikat-syarikat Korporat dapat bekerjasama di bawah tanggungjawab sosial atau CSR untuk sama-sama berganding bahu dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan kemalangan jalan raya.
YB Lip Soo Chee dalam majlis berkenaan berhasrat “Saya akan memperluaskan lagi kempen kesedaran keselamatan jalan raya ini di kawasan sekolah-sekolah sekitar Dun Bagan Jermal bagi memberi kesedaran kepada para pelajar yang menunggang motosikal serta pembonceng motosikal, katanya pada majlis berkenaan.
Menurut Pn Thurkahthevi a/p N. Munusamy, Pengarah JKJR, tugasan menjaga keselamatan pengguna jalan raya bukan sahaja tanggungjawab sesebuah Jabatan tetapi tanggungjawab setiap pengguna jalan raya. Kerajaan sentiasa mengambil tindakan pencegahan awal dalam memastikan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya terutama di musim perayaan dapat dikurangkan.
Majlis diakhiri dengan pemberian vest keselamatan motosikal kepada 1,000 pemandu motosikal yang bertuah dan pemeriksaan motosikal secara percuma oleh syarikat motosikal Boon Siew Honda di booth yang disediakan.