
SIARAN MEDIA POLIS DIRAJA MALAYSIA
KETUA POLIS KUALA LUMPUR BERSABIT PROVOKASI OLEH KUMPULAN BERBAJU MERAHKUALA LUMPUR, 10 Sept 2015 – Polis Kuala Lumpur menerima maklumat, terdapat penyebaran di media sosial berkaitan gangguan sekumpulan lelaki Melayu berbaju merah, terutamanya ke atas individu berbangsa Cina di jalan raya. Pihak polis sedang menyiasat kesahihan maklumat tersebut, sehingga kini tidak terdapat kumpulan berbaju merah yang berkeliaran untuk melakukan provokasi atau apa-apa tindakan, khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur.
Polis Kuala Lumpur juga ingin menegaskan, sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang diterima berhubung gangguan oleh kumpulan tersebut. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai maklumat yang disebarkan melalui media sosial berkenaan yang ditimbulkan hanya untuk menakut-nakutkan orang ramai dan mengganggu gugat keharmonian kaum dan ketenteraman awam.
Sekiranya terdapat sebarang gangguan atau tindakan oleh kumpulan tersebut, orang ramai dinasihatkan membuat laporan polis atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan-kumpulan yang cuba melakukan provokasi dan bersikap rasisme atau tindkan-tindakan yang melanggar undang-undang dan boleh menjejaskan ketenteraman awam.
(DATO’ TAJUDIN BIN MD. ISA) CP
Ketua Polis Kuala Lumpur.