Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuanMA

Rozman Seru Rakyat Sabah, Sarawak, Labuan Jadi Negeri Contoh Kekal Keharmonian

By 30 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Md Nur Ferdaus Saperi (Labuan)

LABUAN, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, menyeru rakyat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan supaya mengekalkan keamanan, keharmonian dan kemesraan agar menjadi negeri contoh di Malaysia sekaligus terus menjadi destinasi utama pilihan pelancong.

Katanya, seluruh rakyat perlu sentiasa menyematkan rasa kesyukuran di atas kesejahteraan dan kemakmuran yang
dikecapi selama ini dan keberuntungan yang melimpah ruah pada masa akan datang.

Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, Rozman turut mengajak rakyat mengambil kesempatan untuk menyambutnya dengan semangat muhibah.

“Pesta Kaamatan dan Hari Gawai adalah manifestasi keharmonian dan semangat muhibah masyarakat di Malaysia, khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan agar terus mengamalkan gaya hidup aman damai dan bersatu padu.

Rozman (dua dari kanan) bersama kepimpinan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Cawangan Labuan

Rozman (dua dari kanan) bersama kepimpinan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Cawangan Labuan

“Dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya Bangsa” bagi Pesta Kaamatan dan “Hayatilah Kebudayaan dan Asal Usul Anda” bagi Hari Gawai, dengan jelas menyuntikkan semangat dan aspirasi seluruh masyarakat majmuk.

“Ia bertujuan agar rakyat lebih memahami, menghayati dan mengaplikasikan tema ini dalam kehidupan, agar ia mencetus satu transformasi ke arah usaha untuk melahirkan rakyat yang penyayang dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain,” katanya menerusi kenyataan media sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2019.

Tambahnya, kedua-dua perayaan itu akan menjadi suatu kegembiraan berganda kepada rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan kerana ianya disambut dalam bulan Ramadan 1440H, bulan kebesaran dan rahmat bagi orang Islam.

“Semangat perpaduan dan sikap toleransi beragama yang tinggi telah menjadi amalan hidup dan harus dipertahankan sampai bila-bila.

“Semoga perpaduan dan muafakat sesama kita akan terus berkekalan demi masa depan yang lebih cemerlang untuk kita dan generasi akan datang,” jelasnya lagi.

-EM

Tinggalkan komen anda