Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bonus Raya Bantu Tampung Kos Persiapan Hari Raya Kakitangan Awam

By 30 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norlida Abdullah/Shamsul Sulaiman (Kulai)

KULAI, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Tidak sampai seminggu sahaja lagi bulan Ramadan akan berlalu pergi manakala seluruh umat Islam akan menyambut Syawal yang dinantikan terutamanya kanak-kanak.

Pelbagai persiapan seperti pakaian baru, kasut baru dan kuih muih sudah hampir selesai dalam menyambut sambutan hari raya tahun ini.

Bagi yang memilih untuk membeli belah awal mereka tidak lagi perlu bersesak-sesak di jalan raya ataupun di pasaraya.

Suasana sesak di pusat memberi belah Angsana, Johor Bahru

Suasana sesak di pusat memberi belah Angsana, Johor Bahru

Sebahagian pula memilih untuk membuat persiapan di saat akhir walaupun mengetahui bahawa waktu hujung Ramadan telah dijangka sesak sama ada laluan trafik mahupun di pusat membeli belah.

Suasana pasar raya di sekitar Johor Bahru didapati agak meriah dikunjungi pengunjung tempatan dan negara jiran, Singapura untuk membeli belah.

Dendangan lagu-lagu raya yang diputarkan di pusat membeli belah mampu menaikkan semangat sambutan hari raya.

Hafiz menyatakan pengunjung tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas

Hafiz menyatakan pengunjung tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas

Seorang pekerja di pusat beli belah Angsana, Mohd Hafiz Osman, 25, berkata jumlah pengunjung yang datang pada tahun ini dilihat lebih ramai berbanding tahun lalu dan kebiasaannya pengunjung pada waktu ini datang untuk membuat persiapan akhir seperti membeli perhiasan rumah dan kuih-muih.

Seorang pengunjung, Syarill Mohd Yusoff, 32, menyatakan kesyukuran kerana telah menyediakan keperluan sambutan raya sejak awal Ramadan lagi.

Syarill yang bekhidmat sebagai penjawat awam turut menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri (PM) kerana telah memberikan bonus hari raya yang berjumlah RM450 baru-baru ini.

“Alhamdulillah, segala persiapan telah pun selesai dan sekarang cuma ingin membeli tambahan biskut dan kerepek raya.

Syarill mengambil peluang membeli kerepek raya semasa penghujung Ramadhan

Syarill mengambil peluang membeli kerepek raya semasa penghujung Ramadan

“Kebiasaannya harga akan lebih murah berbanding awal Ramadan. Terima kasih PM kerana pemberian bonus yang ditunggu-tunggu ini dapat menampung kos perbelanjaan persiapan hari raya kali ini,” ujarnya kepada wartawan Malaysia Aktif ketika membeli-belah di Angsana, Johor Bahru.

-EM

Tinggalkan komen anda