Skip to main content
EkonomiHomeViral

Mahkamah Tinggi Batal Keputusan KDN Gantung The Edge

By 21 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Mahkamah Tinggi di sini membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggantung dua penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Asmabi Mohamad pada Isnin memerintahkan penggantungan tiga bulan terhadap The Edge Financial daily dan The Edge Financial weekly dibatalkan.

Selain itu KDN diarahkan untuk membayar RM15,000 sebagai kos kepada syarikat penerbitan berkenaan.

Sebelum ini KDN menggantung permit penerbitan selama tiga bulan terhadap The Edge mulai 27 Julai.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda