Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPulau Pinang

Ketua Hakim Negara Dahului Penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang

By 13 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin / Shamsul Bahari Abdul Shukor (Pulau Pinang)

GEORGE TOWN, 13 Julai (Malaysiaaktif) – Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimun Tun Mat mendahului senarai 877 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-81 Tuan Yang Terutama Terutama, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas. Tengku Maimun, 60, adalah penerima tunggal bagi Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), darjah yang tertinggi dalam negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

T.Y.T Yang di-Pertua negeri memeriksa kawalan kehormatan utama daripada Rejimen ke-3 Kor Armor Diraja, Sungai Petani

T.Y.T Yang di-Pertua negeri memeriksa kawalan kehormatan utama daripada Rejimen ke-3 Kor Armor Diraja, Sungai Petani

Tengku Maimun telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2 Mei yang lalu bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang menamatkan perkhidmatannya pada 12 April setelah mencapai umur 66 tahun 4 bulan. Tengku Maimun adalah merupakan wanita pertama yang dilantik menjawat jawatan Ketua Hakim Negara di Malaysia.

Di dalam majlis tersebut juga, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Dato’ Seri Abdul Hamid Bador telah dianugerahkan dengan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN), yang membawa gelaran Dato’ Seri.

Inspektor Jeneral Dato Seri Abdul Hamid Bador menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN)

Inspektor Jeneral Dato Seri Abdul Hamid Bador menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN)

Sebelum itu, acara bermula dengan Yang di-Pertua Negeri menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja, Kem Sungai petani, Kedah yang terdiri daripada 3 orang pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat sambil disusuli dengan 17 das tembakan meriam istiadat oleh 41 Bateri, Rejimen Artileri Diraja, Kem Sungai Buloh, Selangor.

Tinggalkan komen anda