Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangPutrajaya

Bakal Guru Johan Pengisahan Kenegaraan Negeri Pahang

By 13 Julai 2019Julai 19th, 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

KUANTAN, 13 Julai (Malaysiaaktif) – Kumpulan Pewaris Bangsa mewakili daerah Lipis dinobatkan juara Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Pahang tahun 2019 yang berlangsung di Berjaya Megamall, Kuantan sebentar tadi.

kumpulan tersebut diwakili tiga bakal guru daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis, membawa persembahan bertajuk ‘Kita Takkan Lupa’, yang menceritakan sejarah perjuangan bapa kemerdekaa negara Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, persembahan bertenaga mereka mendapat sorakan dan tepukan daripada pegunjung yang hadir.

Kumpulan Pewaris Bangsa akan mewakili Negeri Pahang ke pertandingan peringakat kebangsaan pada bulan Ogos nanti. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ahli Parlimen Kuantan, Yang Berhormat Fuziah Sallen menyampaikan hadiah kepada kumpulan Pewaris Bangsa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ahli Parlimen Kuantan, Yang Berhormat Fuziah Salleh menyampaikan hadiah kepada kumpulan Pewaris Bangsa

Menurut Nur Farah Sahira salah seorang ahli kumpulan tersebut mereka tidak menyangka dinobatkan sebagai johan kerana perkara luar jangka sebelum pertandingan berlangsung,  “kami sebenarnya tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang, memandangkan saya dan salah seorang ahli kumpulan megalami demam panas dan kecederaan beberapa hari sebelum pertandingan ini, kami cuma niat untuk buat yang terbaik.

Antara babak persembahan kumpulan Pewaris Bangsa, selain itu mereka turut menyanyi serta bersajak menarik minat pengunjuang yang hadir

Antara babak persembahan kumpulan Pewaris Bangsa, selain itu mereka turut menyanyi serta bersajak menarik minat juri dan pengunjuang yang hadir

“masa latihan juga terhad disebabkan perlu menghadiri kuliah dan hanya berlatih pada waktu malam” ujarnya lagi. Selain itu Kumpulan Pewaris Bangsa diwakili Muhammad Aslam Mat Razani dan Ganenthiran Ganesan.

Pengarah penerangan Negeri Pahang Salmun Mustapa, ketika ditemui berkata Pertandingan Pengisahan Kenegaraan kali ini diadakan sempena Pameran Malaysia Baharu, “antara lain tujuan program ini adalah untuk memilih peserta terbaik untuk mewakili negeri pahang ke pertandingan pengisahan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.”

Mohammad Firdaus berkata (tengah) bersama ahli kumpulan beliau membawa persembahan bertajuk ‘Si Pemukul Rebana’

Mohammad Firdaus (tengah) bersama ahli kumpulan beliau Kirana Jauhara membawa persembahan bertajuk ‘Si Pemukul Rebana’ Merangkul tempat ketiga.

Sementara itu salah seorang peserta mewakili daerah Pekan Mohammad Firdaus berkata, program sebegini dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negera serta memberi pendedahan kepada masyarakat dan mengenali tokong-tokoh terdahulu yang bersusah payah membangunkan negara sehingga ke tahap hari ini. “jika tiada dahulu tiadalah sekarang, untuk kekalkan identiti negara kita harus megenali siapa tokong kita” ujar beliau yang membawa sketsa bertajuk ‘Si Pemukul Rebana’.

Naib Johan dan tempat ketiga disandang kumpulan Anak Warisan Timur dari daerah Raub dan kumpulan Kirana Jauhari dari dearah Pekan, juga membawa pulang wang tunai, piala iringan dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah Pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ahli Parlimen Kuantan, Yang Berhormat Fuziah Salleh.

Pertandigan Pengisahan Kenegaran merupakan program anjuan Jabatan Penerangan Malaysia bertujuaan untuk Menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa – peristiwa bersejarah dan juga tokoh – tokoh yang telah diiktiraf kejayaan mereka di negara ini sebagai satu usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembinaan negara bangsa dan jati diri rakyat Malaysia, selain itu ia juga merupakan salah satu pengisian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019.

Tinggalkan komen anda