
Oleh Syed Hisham Shah
SEPANG, 29 Sept (Malaysiaaktif) – Kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia terdiri daripada 407 jemaah selamat tiba ke tanah air malam tadi.
Kumpulan Jemaah tersebut tiba dengan menaiki penerbangan SV5212 kira-kira pukul 9.50 malam. Dua lagi penerbangan akan tiba pada pagi Rabu, iaitu penerbangan KT02 pada pukul 8.15 pagi dan KT04 pada pukul 8.50 malam.
Secara keseluruhan, sebanyak 68 penerbangan membawa pulang Jemaah haji kali ini.
Penerbangan terakhir adalah pada 28 Oktober.