Skip to main content
EkonomiHomeViral

Kerajaan Naik Taraf Industri Pertanian, Hindar Sumber Luar

By 30 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

KUANTAN, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan menaiktarafkan industri pertanian menerusi beberapa agensi bagi mengelakkan negara daripada terus bergantung kepada sumber import.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) merupakan antara badan utama mengerakkan industri pertanian.

“Kerajaan yang baik akan pastikan lebih ramai rakyat terlibat dalam walaupun dalam keadaan negara sedang berusaha untuk mencapai taraf negara maju” katanya ketika berucap  di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) di Kuantan, Pahang semalam.

“Ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk pastikan kos input pertanian diberikan dengan harga yang murah untuk menggalakkan rakyat menyertai bidang ini.”

Shabery turut berkata sebarang peruntukan yang diberikan kepada pihaknya akan terus disalurkan kepada agensi-agensi tersebut untuk menghasilkan lebih banyak sumber makanan.

Sebelum ini, beliau memaklumkan pihaknya akan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai langkah lain dalam memajukan industri pertanian negara.

 

Tinggalkan komen anda