Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah 1437 Di Besut

By 14 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Wakil Malaysiaaktif (Besut)

BESUT, 14 Okt (Malaysiaaktif) — Seperti di lain-lain tempat, Besut juga tidak ketinggalan meraikan Ambang Maal Hijrah 1437 dengan pelbagai majlis, termasuk pengisian rohani bertempat di Masjid Taman Ilmu, Kampung Tembila semalam.

Majlis peringkat daerah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Terengganu, Haji Nawi Mohamad.

Sebelum jemaah menunaikan solat Maghrib, bacaan Doa Akhir Tahun dilakukan, diikuti Doa Awal Tahun selepas solat dan disusuli dengan Solat Hajat serta bacaan Yasin.

Haji Nawi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut menyampaikan ucapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, sempena Sambutan Maal Hijrah tahun ini yang berpaksikan tema nasional, ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara.’

Turut diadakan, penyampaian Anugerah Sempena Sambutan Ambang Maal Hijrah pelbagai kategori, termasuk Masjid Kerajaan Terbaik, Masjid Mukim Terbaik, Surau Terbaik, Imam Cemerlang Masjid Mukim dan Bilal Cemerlang Masjid Mukim.

Masjid Kerajaan Terbaik yang dimenangi oleh Masjid Hadhari Bandar Jerteh menerima wang tunai RM500.00

Masjid Mukim Terbaik dimenangi oleh Masjid Haji Husain Kampung Baharu mendapat RM500 dan Surau Terbaik, Surau Taman Putra Kampung Raja mendapat RM400.

Kategori Imam Cemerlang Masjid Mukim dimenangi oleh Haji Makhtar Mohamed dan Bilal Cemerlang Masjid Mukim dimenangi oleh Haji Sulaiman Awang. Masing-masing mendapat RM300.

 

Tinggalkan komen anda