Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Patuhi SOP, Amalkan Norma Baharu Bendung COVID-19 – Sanusi

By 8 Januari 2021Januari 13th, 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Masyarakat negeri Kedah terutamanya penjawat awam diseru agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam kehidupan seharian bagi membendung penularan COVID -19.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md. Nor, berkata masyarakat amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang memberi impak terhadap kesihatan mahupun ekonomi rakyat.

“Ramai yang terjejas dan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri memastikan rakyat negeri ini kekal selamat,” katanya sempena Perhimpunan Pagi Bersama-sama Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Pembudayaaan Norma Baharu Peringkat Negeri di Dataran Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Sanusi yang turut melancarkan Kempen Pembudayaaan Norma Baharu berharap kempen tersebut disambut baik seluruh masyarakat.

“Kempen ini akan digerakkan ke seluruh daerah dan saya menyeru agar semua pemimpin masyarakat sama ada parti ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk sentiasa mengamalkan norma baharu dalam semua program atau perjumpaan selepas ini,” katanya.

Baddrol (dua dari kanan) sedang menunjukkan cara mencuci tangan dengan betul.

Baddrol (dua dari kanan) sedang menunjukkan cara mencuci tangan dengan betul.

Dalam pada itu, kapten Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah Baddrol Bakhtiar, dilantik sebagai ikon Kempen Pembudayaan Norma Baharu di negeri ini sempena kempen tersebut.

Menurut Baddrol, kejayaan kempen ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama semua pihak terutamanya orang ramai.

“Saya mengharapkan seluruh rakyat negeri ini dapat mematuhi saranan daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan kerajaan untuk mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang masa.

“Semoga rakyat negeri Kedah mampu menunjukkan budaya positif bagi memutuskan rantaian COVID-19 ini,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda