Skip to main content
Berita SelatanMANegeri Sembilan

Belia Santuni Golongan Memerlukan Ketika COVID-19

By 5 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff Nur/Syafiq Kamaruzzaman (Tampin)

TAMPIN, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kelab Belia 4B telah mengambil inisiatif menyantuni golongan yang memerlukan di Felda Bukit Jalor, Gemencheh bagi meringankan beban penduduk di sana.

Pengerusi GPMS Tampin Firdaus Nasir, berkata ini dikenal pasti dengan bantuan sahabat-sahabat belia  dan sumbangan yang disampaikan berupa barangan makanan seperti beras, gula, susu, telur dan barang keperluan lain.

“Pada hari ini GPMS dengan kerjasama belia 4B menyampaikan barangan ini kepada tujuh keluarga bagi membantu meringankan beban mereka,” katanya yang ditemui ketika mengagihkan bantuan, di sini baru-baru ini.

Beliau turut menyatakan program ini akan di teruskan pada masa akan datang di Felda Sungai Kelamah, Felda Bukit Rokan dan Kampung Ulu Ladang dalam masa terdekat.

“Tidak lupa ucapan terima kasih kepada penyumbang terutama daripada ‘homeroom 2Qanaah’ yang memberikan sumbangan wang tunai dan barangan sehingga program sebegini dapat di realisasikan” katanya.

Menurut Pengerusi Belia 4B Tampin Suhaimizan Bizar, mereka akan meneruskna kerjasama dengan kelab-kelab belia di Tampin pada masa yang akan datang untuk meneruskan khidmat membantu golongan yang memerlukan di daerah ini.

-FF

Tinggalkan komen anda