Skip to main content
HomeNegeri Sembilan

Program Rapat Perdana Peneroka Felda Wilayah Raja Alias

By 20 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Ramasamy Amas & Siti Noorazerin/Mohd Khairulnizam (Jempol)

JEMPOL, 20 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan prihatin melaksanakan tanggungjawab menyuntik dana RM6.23 bilion terhadap Felda daripada terus merosot.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali ketika merasmikan Program Rapat Perdana Peneroka Felda Raja Alias di Felda Palong 9 berkata Felda bukan sahaja memenuhi objektif penubuhannya untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar bahkan kecekapan dan kebertanggungjawaban pengurusan tokoh-tokoh awal Felda seperti Tan Sir Taib Andak dan Raja Tan Sri Muhahammad Alias wajar dicontohi.

Para peneroka hadir yang memberikan sokongan penuh

Para peneroka hadir memberikan sokongan penuh

Demi membela nasib peneroka, kerajaan mengambil langkah pemulihan Felda dan akan menjamin industri perladangan yang mampan seterusnya melahirkan generasi baru Felda yang mandiri, kreatif dan inovatif yang berjaya mencipta rangkaian nilai ekonomi negara.

“Menyedari hal ini kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan Felda dari kemelut berterusan,” katanya.

Sebagai kerajaan peduli peneroka, kerajaan menyuntik dana RM6.23 bilion yang turut diagihkan kepada lima sektor iaitu RM2.0 bilion kepada penghapusan faedah hutang kebun peneroka, RM0.25 bilion menyiapkan projek terbengkalai perumahan generasi baharu, RM1.0 bilion program Hasil Baharu Peneroka dengan mempelbagaikan ekonomi Felda di bidang asas tani, RM480 juta Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dan RM2.5 bilion Pengstrukturan semula pinjaman.

Azmin menandatangani poster pemulihan Felda

Azmin menandatangani poster pemulihan Felda

“Plan transformasi dan hala tuju Felda akan memberikan tumpuan kepada penambahbaikan tadbir urus, penstrukturan dan pengukuhan kewangan dan operasi Felda bagi menjamin kelestarian Felda serta menjamin masa depan peneroka.

“Sebagai pemulaan, kerajaan akan memperuntukan segera RM250 juta bagi menyiapkan projek perumahan generasi kedua yang telah melepasi pembinaan 70 peratus ke atas dan akan disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini serta kerajaan akan teruskan bayaran sara hidup sebanyak RM1500,” ujarnya lagi.

Menurut salah seorang peneroka, Nor Azman Ismail, 38, ketika ditemui melahirkan rasa gembira dengan pengumuman menteri yang melegakannya kerana projek perumahan untuk generasi baharu akhir dapat dilaksanakan dan beliau berharap peruntukan pemulihan tersebut dapat dilaksanakan dan menepati sasaran.

Lawatan Menteri ke Projek Perumahan terbangkalai di Felda Palong 8

Lawatan Menteri ke Projek Perumahan terbangkalai di Felda Palong 8

Manakala seorang peneroka lagi Mahadi Sar, 61, berkata plan transformasi yang diumumkan oleh Menteri sebentar tadi telah menyakinkan peneroka dan ia dapat dilaksanakan dengan segera.

Sementara itu, Napsiah Abu Bakar dari Felda Sungai Lui yang mengondol anugerah Koperasi Wanita Terbaik melahirkan rasa terharu dengan pengumuman menteri bahawa Pertandingan keceriaan perkampungan Felda dapat diteruskan tahun ini dan ia adalah berita mengembirakan kerana tahun lepas tidak dilaksanakan atas faktor kewangan.

Azman Ismail, generasi kedua Felda

Azman Ismail, generasi kedua Felda

Dalam progam tersebut, sebanyak 1,500 poster Dana Pemulihan Felda Baharu diedarkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan kepada para peneroka Felda.

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Ismail Ahmad, Nichole Tan dan Pengurus Besar Felda Datuk Dr. Othman Omar.

EM

Tinggalkan komen anda