Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

PPA1M Tun Kudu Terbaru di Melaka

By 21 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Fauzrina Hj Bulka
MELAKA, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Satu lagi projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Tun Kudu bakal dibina selepas Nota Kerjasama Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dengan Syarikat MSS Teguh Bina Sdn. Bhd dimeterai.

Pemeteraian MoU ini menandakan projek PPA1M yang ke-10 ditandatangani di Melaka selain daripada projek yang telah dipersetujui sebelum ini di Kesang, Jasin Bestari, Tanjung Minyak, Ayer Keroh, Bukit Katil dan Ayer Panas.

idris-haron-tandatangan-mou

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata semua penjawat awam termasuk pekerja kontrak berpeluang menikmati kemudahan prasarana terbaik khususnya rumah demi kelangsungan hidup.

Menurutnya, sebanyak 620 unit buah rumah teres berharga RM288,550 akan dibina melibatkan 64 ekar tanah di Ayer Molek seterusnya melengkapkan jumlah rumah PP1AM yang bakal dibina iaitu 4,587 unit.

“Ini selaras dengan objektif Kerajaan Negeri ketika ini untuk menyediakan rumah-rumah kepada seluruh warga Melaka melalui projek-projek yang akan dan sedang dijalankan.

mou

“Saya juga dimaklumkan oleh pihak LPM (Lembaga Perumahan Melaka)  dan pemaju akan adanya potongan harga sehingga RM60,000 untuk sebuah rumah akan diberikan kepada pemohon yang layak,” katanya kepada pemberita di Seri Negeri pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LPM, Salleh Mohd Don berkata, antara syarat dan kriteria ditetapkan oleh pemohon yang layak miliki rumah adalah penjawat awam dan hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk sebuah keluarga.

“Permohonan memiliki rumah ini dibuka sepanjang tahun tidak terkecuali rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik kepada penama lain,” ujarnya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda