Skip to main content
GlobalHomeViral

Mahkamah Mesir Jatuh Hukuman Mati Ke atas Morsi

By 16 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KAHERAH, 16 Mei — Sebuah mahkamah Mesir pada Sabtu menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden negara itu bersama 100 yang lain bersabit pelolosan penjara sewaktu kebangkitan pada 2011.

Apabila hukuman diumumkan, Morsi yang duduk di dalam kandang tertuduh mengangkat tangannya tanda protes.

Kebanyakan daripada tertuduh dihukum tanpa kehadiran mereka, termasuk ulama terkemuka Yusuf al-Qaradawi yang menetap di Qatar.

Di Bawah undang-undang Mesir, hukuman mati dipanjangkan kepada Mufti, yang bertindak sebagai penterjemah rasmi kerajaan berhubung undang-undang Islam

Bagaimana pun, peranan Mufti itu adalah sekadar sebagai penasihat.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun.

Dalam dua perbicaraan terdahulu yang berakhir pada Khamis, Morsi terlepas daripada hukuman mati, dalam mana mahkamah mencadangkan hukuman mati ke atas 16 orang bersabit kesalahan mengintip.

Mereka telah didakwa bersekongkol dengan kuasa asing, iaitu Hamas Palestin dan Iran untuk mewujudkan ketidakstabilan di Mesir.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan untuk Morsi dan 18 defendan lagi pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Mahkamah kemudian menjatuhkan keputusan dalam kes lain, di mana Morsi dan 128 defendan dituduh berkomplot mencetuskan pelolosan penjara dan serangan  ke atas pasukan polis semasa kebangkitan yang membawa kepada penggulingan Presiden Hosni Mubarak pada 2012.

Lebih daripada 100 orang dijatuhkan hukuman mati bersama Morsi.

Ramai di antara defendan adalah rakyat Palestin yang didakwa bekerjasama dengan Hamas di Gaza.

Mereka dibicarakan tanpa kehadiran bersama seorang Komnder Hezbollah Lubnan.

Mereka juga didakwa bersubahat bersama Ikhwan Muslimin pimpinan Morsi bagi tujuan melancarkan serangan ke atas Mesir – tindakan  yang dianggap pihak pendakwa sebagai konspirasi besar.

Dengan hukuman ini, Morsi dan anggota-anggota bekas pembangkang lain didapati bersalah kerana menyebabkan keganasan semasa protes anti Mubarak, sementara Mubarak sendiri berjaya menafikan tuduhan-tuduhan  sepanjang perbicaraan berhubung kematian para penunjuk perasaan sewaktu 18 hari protes anti-kerajaan yang akhirnya menggulingkan beliau sebagai presiden.

Tinggalkan komen anda