
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Malaysiaaktif) — Maxis hari ini mengumumkan pengurangan harga jalur lebar syarikat itu sebanyak 50 peratus.
Dengan pengurangan ini pelanggan boleh membeli pek SIM Pelan Tablet Hotlink pada hanya RM30 dan bukannya RM60.
Syarikat itu berkata, pakej tersebut ditawarkan dengan data 1Gb percuma pada tempoh sah lebih lama dan dengan setiap tambahan 1Gb data dikurangkan kepada RM25.
Menurut Maxis lagi, untuk menikmati nilai lebih pada harga mampu dimiliki, syarikat itu memperkenalkan data tambahan sebanyak 2Gb pada hanya RM45.
Menurut ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan, untuk meningkat lagi pelan ini untuk golongan pelajar, Maxis akan menyediakan akses WiFi percuma di kampus-kampus universiti.
Tindakan terbaharu Maxis ini adalah berikutan seruan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) petang semalam supaya tindakan telco dipercepatkan.