Skip to main content
HomeViral

Myanmar Perlu Diberitahu Mereka Penyebab Pelarian Rohingya

By 14 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Malaysiaaktif) — ASEAN digesa segera menangani isu pelarian Muslim Rohingya berikutan pendaratan lebih 1,400 orang pendatang tanpa izin di pesisir pantai Indonesia dan Malaysia sejak beberapa hari lalu.

Menurut Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Tan Sri Syed Hamid Albar, masalah itu perlu dibincangkan oleh ASEAN, terutama di kalangan negara-negara terbabit, termasuk Thailand, Indonesia, Malaysia dan Myanmar.

Beliau berkata isu masyarakat Rohingya akan bertukar menjadi tragedi kemanusiaan sekiranya tidak ditangani segera.

Syed Hamid berkata demikian kepada media selepas melancarkan Expo Antarabangsa Kedua Komponen Trak dan Bas Malaysia di Serdang, Selangor pada Khamis.

Menurut beliau lagi, adalah tidak betul untuk mengharapkan Malaysia terus menerus menyerap kemasukan pelarian, walhal ia sebenarnya masalah Myanmar.

Beliau berkata Myanmar perlu diberitahu bahawa mereka adalah penyebab masyarakat  Rohingya menjadi pelarian.

Sejak beberapa hari lalu, lebih daripada 1,000 pendatang tanpa izin dari Bangladesh dan Myanmar ditolak ke Malaysia di Pulau Langkawi.

 

Tinggalkan komen anda