Skip to main content
HomeViral

Polis Akan Jejak Pesalah Trafik Yang Ada Waran Tangkap

By 14 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 14 May (Malaysiaaktif) – Hanya 20, 966 daripada jumlah 1.59 juta saman yang sertai waran tangkap dijelaskan sebelum ‘Ops Warta’ dilancarkan minggu depan.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latif berkata polis sebelum ini telah memberi tempoh dua minggu untuk membayar saman tertunggak, tetapi hanya segelintir yang berbuat demikian.

Beliau berkata polis akan mengambil langkah pertama dengan mengenal pasti lokasi di mana mereka berada dan seterusnya menjejaki, menangkap dan membawa mereka ke mahkamah minggu depan.

Beliau berkata demikian di Radio Bernama pada Khamis.

Menurut Mohd Fuad, jumlahnya terlalu rendah dan beliau percaya pesalah tidak mengambil peluang yang diberikan walaupun pengumuman dibuat sejak 30 April lalu.

Tambah beliau lagi, angka 1.59 juta itu merupakan baki 1.8 juta saman yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sewaktu ‘Ops Selamat’ lima hari sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu.

Mohd Fuad juga mencadangkan supaya pesalah datang sendiri ke Bukit Aman atau mana-mana balai polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tinggalkan komen anda