Skip to main content
HomeKolumnisViral

Pembohongan Ng Kee Seng Dalam Portal Berita The Ant Daily’

By 18 Mei 2015Tiada komen3 minit bacaan

 

(Malaysiaaktif) — Penulis Ng Kee Seng yang menulis dalam akhbar The Ant Daily terang-terangan menipu dalam artikel lidah pengarang portal berita alternatif ‘The Ant Daily’ pada 15 Mac lalu.

Tetapi, perkara ini biasalah berlaku di kalangan puak anti-Hudud pro-Pakatan. Mereka melakukan pembohongan, mereka ‘spin’ dan kemudian mereka mendakwa ia adalah kebenaran, sementara menuduh media arus perdana yang menyokong kerajaan menipu.

Apakah Ng Kee Seng seorang wartawan atau anggota Red Bean Army (RBA) DAP?

Tanpa sangsi, selalunya tiada satu pun media milik kerajaan mana-mana di dunia yang boleh dipercayai 100%, termasuk yang di Amerika Syarikat mahu pun di United Kingdom. Bagaimana, ini tidak bererti pula media pembangkang boleh dipercayai. Dan Spin Ng Kee Seng antara contoh kelicikan mereka.

Pertama, Lim Kit Siang yang mencadangkan kerjasama di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk ‘menyelamatkan Malaysia.’ Tapi, selamatkan Malaysia daripada apa? Tentu daripada ‘cengkaman’ undang-undang Hudud.

Oleh yang demikian, bagi memastikan Malaysia kekal sekular (walhal Malaysia bukan sebuah negara sekular, tetapi sebuah negara Islam, seperti mana pernah diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad), BN dan Pakatan harus bersatu untuk menewaskan puak Islam.

Sesungguhnya, serangan terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tiada kena mengena dengan demokrasi, tetapi sebaliknya mempunyai banyak kaitan dengan usaha untuk menundukkan Islam supaya puak sekularis dapat mengambil alih parti tersebut. Dan seperti kata Ng Kee Seng, selagi puak Islam dan bukannya puak sekularis menguasai pucuk kepimpinan PAS, tiada jalan bagi DAP dan PKR untuk bekerjasama dengan PAS.

Sekiranya Hadi diundi semula sebagai Presiden PAS bulan depan, apakah PAS perlu meninggalkan Pakatan atau sebaliknya DAP dan PKR yang keluar daripada Pakatan pembangkang itu? Perkara ini perlu diperjelaskan agar ahli PAS sedar jika mereka memutuskan untuk terus menyokong Hadi sebagai ketua, Pakatan Rakyat tidak lagi akan wujud menjelang Jun.

Pendeknya boleh dirumuskan begini: setiap undi untuk Hadi adalah undi untuk membinasakan Pakatan Rakyat. Setiap undi untuk Hadi juga adalah undi untuk menentang Hudud. Seluruh ahli PAS perlu sedar apa yang mereka undi. Mereka bukannya mengundi untuk seorang pemimpin. Mereka diminta memilih di antara Pakatan Rakyat dan Hudud. Mereka perlu memilih satu di antara dua, bukan kedua-duanya.

Mungkin juga sesetengah ‘Islam fundamentalis’ akan berkata bahawa Hudud itu undang-undang Tuhan dan undang-undang Tuhan wajib dipatuhi umat Islam, dan sebagainya. Apa pun, perbincangan ini bukan mengenai agama. Tuhan tidak relevan dalam hal ini. Isunya adalah mengenai Pakatan Rakyat. Kamu hendak memilih Pakatan Rakyat atau memilih Tuhan? Jika kamu memilih Tuhan, kamu kenalah keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ng Kee Seng melabelkan Hadi sebagai Hadi “pro-kerajaan perpaduan” Awang. Label tersebut bertujuan untuk menghina Hadi. Mat Sabu pernah memanggil Anwar Ibrahim ‘Anwar al-Juburi’. Apakah Ng Kee Seng berani menggunakan label itu dalam artikelnya? Ia bukan rahsia. Jutaan rakyat Malaysia sudah tahu. Apakah dengan menyebutnya akan dikira sebagai penghinaan terhadap Anwar?

Ng Kee Seng tidak mahu menyebut bahawa Anwar Ibrahim yang sebenarnya mengatur mesyuarat Kerajaan Perpaduan di London di antara UMNO, PKR dan PAS pada Disember 2013. Dan Ng Kee Seng juga tidak mahu menyebut bahawa DAP tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat itu mahu pun dijemput menghadirinya.

Anwar kemudian menarik Hadi ke tepi dan memintanya menghadiri mesyuarat itu memandangkan dia kebetulan akan ke London juga. Bagaimana pun, Hadi enggan menghadiri mesyuarat berkenaan walaupun beliau berada di London pada masa yang sama.

Jadi, apa bentuk pembohongan yang ‘di-spin’ oleh Ng Kee Seng? Dia bukan saja mengherotkan kebenaran, bahkan dia sebenarnya terang-terangan berbohong. Hadi berkeras tetap dengan keputusannya. Hadi tidak mahu mengadakan pertemuan dengan UMNO dan PKR di London untuk membincangkan mengenai Kerajaan Perpaduan.

Oleh itu, jelaslah para penyokong anti-Hudud DAP dan PKR semakin terdesak (Lim Guan Eng memberikan wang RM2 juta kepada PasMa untuk melawan Hadi). Mereka mahukan supaya Hadi diusir, dan mereka akan melakukan apa saja untuk mencapai matlamat itu, walau pun berbohong. Jika ini kerajaan baharu yang mereka cadangkan untuk menggantikan BN, apakah ia bukan seperti yang selalu diperkatakan orang Melayu, ‘Ganti lanun dengan penyamun?’

–Terjemahan daripada artikel Raja Petra Kamaruddin

 

 

PENAFIAN: Semua pandangan tersiar adalah pendapat penulis semata-mata dan tidak mencerminkan pendirian Malaysiaaktif

Tinggalkan komen anda