
JEPUN, 18 Mei (Malaysiaaktif) — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengadakan kunjungan hormat keatas Gabenor Wilayah Mie, Eikie Suzuki di Jepun sebentar tadi.
Kunjungan ini adalah sebagai kunjungan balas yang dilakukan Gabenor Eikei dua tahun lalu ke Kedah.
Perbincangan diadakan bagi membentuk kerjasama dalam beberapa bidang yang memiliki persamaan diantara kedua-duanya.
Terdahulu, Mukhriz meluangkan masa melawat tapak pelupusan, dan pusat kajian pertanian di Wilayah Mie.