
Dan pada Selasa, beliau mensasarkan untuk meningkatkan peratusan itu kepada 80 peratus.
Suhaimi berkata demikian selepas melawat ke Sekolah Pondok Kubang Ulu di Bukit Mertajam pada Selasa.
Dalam manifesto BN yang dilancarkan di Permatang Pauh, BN membuat akujanji untuk membina Sekolah Agama Berasrama Penuh serta memastikan peruntukan sewajarnya untuk semua jenis sekolah di Permatang Pauh dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dibawah teras pendidikan.
PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.