Skip to main content
Home

Wanita Kanser Tahap Empat Perlu Bantuan Orang Ramai

By 21 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

SEREMBAN, 21 Mei (Malaysia) – Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sheikh Nafiq Alfirdaous pada Khamis menziarah pesakit kanser darah Puan Fatimah Zinal@Zainal di Senawang, Negeri Sembilan.

Fatimah, 65, menderita kanser darah tahap empat selepas disahkan positif pada 2009. Dengan keadaan terlantar sakit, tiada selera makan dan perlu mengambil 30 jenis ubat setiap hari, keadaannya semakin lemah setiap hari.

Akibat keadaannya itu, Fatimah tidak mampu untuk bergerak seperti dulu selain memerlukan sumbangan bagi membeli susu khas, ubat-ubatan dan sebagainya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 05102-29-00012602-3.

Tinggalkan komen anda