Skip to main content
Home

Khaled Yakin Johor Dapat Manfaat Peruntukan RMK11

By 21 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin percaya negeri itu akan menerima manfaat peruntukan kerajaan pusat di bawah RMK11 yang mampu merekayasa pertumbuhan ekonomi lebih pesat hingga 2020.

Menurut Khaled pelbagai sektor pembangunan ekonomi, khususnya secara langsung, tentu akan dapat membantu negeri itu muncul sebagai sebuah hub ekonomi paling ke depan, selain Lembah Kelang.

Beliau berkata kesejahteraan rakyat, seperti penyediaan rumah mampu milik, hospital, sekolah, penyegeraan rancangan jalinan kereta api Gemas-Johor Bahru, High Speed Rail Kuala Lumpur-Jurong tentu memberi kesan positif secara langsung.

Ini, katanya lagi, termasuk perlaksanaan projek Regasifikasi 2 Pengerang, sebagai tambahan kepada Terminal yang sama di Melaka, yang bakal merubah landskap industri gas dan minyak negara.

Khaled berkata demikian di Johor Baru pada Khamis.

 

Tinggalkan komen anda