
IPOH, 20 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang lelaki warga asing maut selepas kepalanya dipukul dengan objek keras dalam satu pergaduhan di sebuah restoren di Simpang Pulai petang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu mangsa seorang warga Bangladesh berusia 43 tahun terbabit dalam satu pergaduhan dengan dua rakan lain.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi ) Supt Anuar Othman, mangsa ditemui terlentang di kaki lima premis berkenaan.