
KUALA LUMPUR, 20 Mei ( Malaysiaaktif) — Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di Km 153.8 Lebuhraya Pantai Timur semalam ditahan.
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali, pemandu berusia 53 tahun dari Gurun itu ditahan untuk di ambil keterangan.
Dalam kemalangan itu seorang anggota polis maut, sementara seorang lagi cedera parah apabila kereta polis yang mereka menaiki melanggar gelung yang terjatuh daripada lori berkenaan.
Polis percaya lori berkenaan membawa muatan berlebihan.