
Oleh Diyana Zamri & Syed Hisham
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Malaysiaaktif) — Berikutan pengumuman polis bahawa dialog mengenai 1MDB yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibatalkan, keadaan semakin kecoh di lokasi tersebut di Pusat Dagangan Dunai Putra (PWTC) pagi ini.
Wartawan Malaysiaaktif yang turut hadir untuk mendengar dan membuat liputan acara menyaksikan rentetan dan susur masa perkembangan di situ.
Sejurus tersebar mengenai tweet daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa acara tersebut dibatalkan, hadirin masih tidak berganjak dengan harapan ia diteruskan.
Antara yang hadir untuk mendengar dialog itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau diasak hadirin supaya naik ke pentas dan memberi penjelasan daripada perspektif sendiri mengenai isu-isu membabitkan syarikat strategik 1MDB.
Bagaimana pun, apabila beliau mula bercakap, polis dilihat cuba menasihati beliau supaya berhenti.
Melihat keadaan ini, dewan menjadi semakin kelam kabut dan kedengaran teriakkan ‘Tun M’ dan ‘Undur Najib.’
— LAGI MENYUSUL