
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Malaysiaaktif) — Dalam perkembangan terbaharu mengenai gempa bumi di Sabah, helikopter digunakan untuk menyelamatkan sekumpulan pendaki di Gunung Kinabalu.
Seorang pendaki, Charlene DMP, menulis dalam Facebooknya bahawa dia dan 11 pendaki lain sedang menunggu untuk diselamatkan.
“Kami tidak dapat turun kerana banyak batu jatuh disekitar kawasan dan keadaan tidak selamat memandangkan masih berlaku gegaran,” katanya.
Gegaran susulan gempa bumi pada skala rasmi Richter 5.9 yang melanda pantai barat Sabah pagi ini juga dikesan di Kota Kinabalu dan daerah Ranau.