Skip to main content
HomeViral

Kecoh Dialog 1MDB di PWTC: SukaGuam Buat Sidang Media

By 5 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Diyana Zamri & Syed Hisham

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Malaysiaaktif) — Kekecohan semakin reda di dewan di mana sepatutnya diadakan dialog ‘Nothing2Hide’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra buat masa ini.

Sesi dialog itu sudah dibatalkan, tetapi bertukar ke dimensi lain apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tiba diminta supaya naik ke pentas untuk memberi penjelasan mengenai isu membabitkan syarikat pelaburan strategik 1MDB.

Berikutan kesediaan beliau naik ke pentas untuk memenuhi kehendak hadirin, keadaan menjadi kecoh kerana di luar dewan begitu ramai yang juga ingin masuk ke dalam, tetapi tidak dibenarkan pengawal keselamatan dan penganjur.

Apabila Tun Dr Mahathir mula memberikan penjelasan beliau dihalang oleh polis hingga menaikkan kemarahan hadirin.

Selepas beliau beredar dari dewan, pihak penganjur mematikan penghawa dingin hingga tidak menyelesakan petugas media yang masih bertahan untuk melihat dan melaporkan perkembangan selanjutnya.

Sementara itu, pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) Khairul Anwar Rahmat muncul di pentas untuk memberikan sidang media secara ‘impromtu’ kepada wartawan.

Lebih 2,500 orang menghadiri sesi dialog yang dibatalkan itu.

Tinggalkan komen anda