
PETALING JAYA, 3 Jun — Sunway Mentari Petaling Jaya kini semakin terkenal sebagai pusat maksiat berselindung di sebalik rumah urut di mana pengusaha selalunya menggajikan wanita China dan Vietnam.
Bertindak atas risikan, sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, D7 , Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, melakukan serbuan malam tadi.
Operasi yang di ketuai ASP Sobri Baki itu menyaksikan serbuan serentak di dua buah premis urut pada kira-kira pukul 11 malam tadi.
Ketika serbuan, ada diantara wanita warga asing ini sedang melayan pelanggan dan ada juga yang sedang menunggu pelanggan.
Hasilnya, 12 wanita warga Vietnam berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Kesemua yang di tahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, untuk tindakan lanjut.
Tiga orang penjaga premis serta 12 pelanggan, turut di tahan bagi membantu siasatan.