Skip to main content
HomeViral

Malaysia Tidak Bermain Dengan Baik – Kim Swee

By 3 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SINGAPURA,  3 Jun  —  “Kita tidak bermain dengan baik, dan atas alasan itu kita di hukuman dengan penalti.”

Itulah yang diluahkan jurulatih Skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun negara, Datuk Ong Kim Swee.

Beliau berkata pemain harus menyalahkan diri sendiri susulan kekalahan memalukan kepada Vietnam malam tadi.

Menurut beliau, Malaysia tidak memperlihatkan sebarang kemajuan dalam sukan bolasepak di rantau Asia, mahu pun di peringkat Asean untuk menyerlah.

Tegas beliau, tiada pilihan lain Malaysia mesti menumpaskan juara bertahan esok untuk kembali menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Tinggalkan komen anda