
Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham
BUKIT AMAN, 22 Julai (MalaysiaAktif) – Polis memberi amaran keras dan menasihati kumpulan ‘Sarawak for Sarawakians (S4S)’ tidak meneruskan perhimpunan dan perarakan, di Padang Merdeka Kuching hari ini atas sebab-sebab keselamatan awam.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Seri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, tindakan menghasut sedemikian bercanggah dengan perlembagaan negara.
Beliau berkata, Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah undang-undang sedia ada terhadap penganjur dan ahli-ahli jawatankuasa kumpulan itu demi menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.
Tambah beliau, Polis menerima maklumat ada pihak yang merancang menggunakan perhimpunan dan perarakan tersebut sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak supaya keluar dari Persekutuan.