Skip to main content
HomeViral

Amaran Kepada “ #722 Sarawak Freedom & Independence Walk ”

By 22 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham

BUKIT AMAN, 22 Julai (MalaysiaAktif) – Polis memberi amaran keras dan  menasihati kumpulan ‘Sarawak for Sarawakians (S4S)’ tidak meneruskan perhimpunan dan perarakan, di Padang Merdeka Kuching hari ini atas sebab-sebab keselamatan awam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Seri Khalid Abu Bakar  dalam kenyataan media  yang dikeluarkan semalam, tindakan menghasut sedemikian bercanggah dengan perlembagaan negara.

Beliau berkata, Polis tidak akan teragak-agak untuk  mengambil tindakan di bawah undang-undang sedia ada terhadap penganjur dan ahli-ahli jawatankuasa kumpulan itu demi menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.

Tambah beliau, Polis menerima maklumat ada pihak yang merancang menggunakan perhimpunan dan perarakan tersebut sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak supaya keluar dari Persekutuan.

Tinggalkan komen anda