
Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham
BUKIT AMAN, 14 Julai 2015 (MalaysiaAktif) – Media Sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh PDRM semalam menyatakan bahawa Facebook rasmi PDRM, https://www.facebook.com/polisdirajamalaysia dan Twitter https://twitter.com/pdrmsia, telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka ‘Anon Ghost’ pada pukul 2.20 petang .
Bagaimana pun, PDRM telah membaik pulih kedua-dua platform sosial itu dan diaktifkan semula pada kira-kira pukul 4.30 petang hari yang sama.