Skip to main content
HomeViral

URL Yahoo!Malaysia Paparkan Laman Yahoo! Singapura

By 14 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Malaysiaaktif) – Bagi mereka yang sering menetapkan paparan pada gajet atau computer masing-masing dengan laman serantau Yahoo! mendapati Yahoo!Malaysia tidak lagi boleh diakses sejak sekian lama.

Walaupun jika dimasukkan URL Yahoo! Malaysia, yang diakses masih juga Yahoo! Singapura. Mengapa ini berlaku sejak sekian lama?

Dahulunya, jika pengguna klik untuk akses laman utama Yahoo! yang dipaparkan laman satelit Yahoo! Malaysia dengan kandungan berita sensasi dari Malaysia, terutama daripada akhbar dalam talian bukan arus perdana, termasuk The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today (FMT) dan sebagainya.

Sesetengah pihak mendakwa perubahan yang berlaku tanpa pengumuman ini sebahagian strategi Yahoo! untuk tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu supaya sentiasa meneruskan penyaluran berita-berita daripada media alternatif berikutan rungutan orang ramai bahawa Yahoo! Malaysia berat sebelah dan hanya memuatkan berita anti kerajaan, berbaur perkauman dan sebagainya.

Mereka mendakwa pemindahan URL kepada URL Yahoo! Singapura disengajakan bagi mengelakkan kemungkinan tindakan diambil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan rasa tidak puas hati sesetengah pengikut Yahoo! di Malaysia.

 

yahoo5

 

Ada juga pihak mengatakan apa yang berlaku angkara Barisan Nasional (BN) untuk menyekat penyaluran berita bebas dan juga kononnya pihak Yahoo! sengaja menapis kandungan dengan cara ‘bersubahat’ dengan kerajaan Malaysia.

Namun demikian, jika itu kaedahnya, mengapa berita yang dianggap picisan dan ‘negatif’ mengenai Malaysia dipaparkan pada laman Yahoo! Singapura?

 

yahoo6

 

yahoo7

 

Menurut seorang lagi pengguna yang yakin ia disebabkan penapisan kandungan oleh pihak berkuasa di Malaysia, akses kepada Yahoo! negara lain dapat diperoleh dengan cara keluar (logout) daripada Yahoo!Mail. Namun demikian, keadaan didapati serupa juga apabila pengguna cuba mengakses Yahoo! Malaysia, kerana yang dipaparkan masih Yahoo! Singapura, walaupun bermula dengan paparan Yahoo! UK dan sebagainya.

Bagaimana pun, satu lagi versi yang diajukan di beberapa laman forum maya, kononnya pihak Yahoo! sedang berusaha membetulkan sesuatu masalah yang menyebabkan paparan merujuk kepada URL Yahoo! Singapura. Mereka mengatakan bahawa pihak Yahoo! sedang dalam proses membetulkan keadaan.

Tahun lalu Yahoo! Malaysia mengumumkan langkah untuk menutup beberapa pejabat di rantau ini dan memberhentikan pekerjanya. Bagaimana pun, tindakan itu dikatakan tidak akan menjejaskan akses kepada laman satelite Yahoo! di negara-negara tertentu, termasuk Malaysia kerana kandungan yang di ‘aggregate’ boleh dimuatnaik di mana-mana lokasi Yahoo! masih beroperasi.

Sementara itu, pihak Yahoo! belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini.

— Malaysiaaktif

Tinggalkan komen anda